Tuesday, April 7, 2009

Kegawatan ekonomi

Terkejut saya bila diberitahu jiran saya telah berpindah ke kampungnya kerana telah diberhentikan kerja. Tidak pernah jiran tersebut bercerita tentang kegawatan yang dialami oleh syarikat tempat beliau berkerja. Namun kebiasaan kes seperti in akan dibayar pampasan.

Berapa banyakkah pampasan yang diterima oleh pekerja-pekerja yang diberhentikan dan berapa lamakah wang tersebut boleh bertahan. Sekiranya baru hendak memulakan perniagaan, ia akan mengambil masa yang lama untuk memperolehi hasil.

Hidup perlu diteruskan, tapi masih ada ramai yang bernasib begini masih memilih kerja. Banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan dan amat mudah untuk dilakukan tetapi ramai yang menolak kerana malu. Mereka sanggup tidak mempunyai wang kerana malu untuk mencari wang.

What say you?